Alif Satar Bersyukur – Kempen #GengSubuhMacamJumaat Capai Sasaran
Artis serba boleh Alif Satar melahirkan rasa syukur apabila usahanya melancarkan kempen #GengSubuhMacamJumaat pada hari pertama 2024 mendapat sambutan positif dan baik dalam kalangan masyarakat.
Kira-kira 3,000 jemaah menyertai kempen yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, disusuli dengan acara berjoging beramai-ramai.
Menurut Alif, dia terharu apabila kempen berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Kongsi Alif, sejak memulakan kempen itu pada November tahun lalu dia mendapati ia semakin berkembang dan lebih menarik lagi apabila disusuli aktiviti berlari yang turut ditemani ramai rakan baharu.
Lebih mencuit hati ada dikalangan jemaah yang mengiringi Alif berlari sekalipun dengan berkain pelikat dan berselipar. – THE VOKAL