Air Sungai Golok Pada Paras Tertinggi – Semua Perlu Waspada
Bukan pesta air! Semua pihak perlu waspada dengan situasi risiko berlakunya banjir dan jangan mengambil mudah atas segala kemungkinan.
Dalam perkembangan terbaharu, air Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 meter (m).
Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkata, paras air Sungai Golok setakat ini paling tinggi pernah direkodkan ialah 10.84 m pada 2014.
Sementara itu, laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, empat sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya, lima sungai paras amaran dan tujuh sungai paras waspada. – THE VOKAL