Adira Sah Bercerai – Bebas Daripada Datuk Red
Penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red 46, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 sekali gus mengesahkan lafaz itu adalah mengikut hukum syarak.
Ketika prosiding dijalankan, Datuk Red kelihatan tunduk sayu manakala, Adira kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.
Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – THE VOKAL