Adira Minta Ruang, Enggan Komen Fail Cerai Kali Kedua
Penyanyi Adira Suhaimi memohon semua pihak memberinya ruang dan memilih untuk tidak memberikan sebarang komen selepas tersebar berita dia menfailkan cerai buat kali kedua.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Ada Kamu yang ditemani kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) enggan memberi sebarang kenyataan berhubung proses tuntutan cerai yang difailkan pada 25 Oktober lalu itu.
Dalam pada itu, Adnan atau popular dengan nama Datuk Red, 42 gagal hadir bersama wakil bagi meneruskan proses berkenaan.
Abdul Hadi kemudian menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.
Sebelum ini, Adira pernah memfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019.
Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. – THE VOKAL