Suria FM Terus Relevan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawar Hadiah RM 36,000
Suria FM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan jenama dan pendengar apabila sekali lagi bakal muncul dengan acara tahunan yang dinantikan Jelajah Suria.
Lebih istimewa edisi kali ini yang menampilkan Yaya Empire sebagai penaja utama tampil dengan jenama Jelajah Suria Kuasa 2 iaitu penganjuran selama dua hari di setiap lokasi.Empat lokasi pilihan di seluruh negara ialah di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan.
Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Lokasi dan Tarikh Jelajah Suria Kuasa 2 merangkumi Mydin Bukit Mertajam, Penang: 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad), Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad), AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad) dan AEON Kota Bharu, Kelantan: 11 & 12 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu).
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang jelajah antaranya pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM 36,000.
Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari, Ernie Zakri, Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia menerusi Jelajah Suria Kuasa 2.
“Kami sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia dengan memberikan sentuhan segar yang menarik menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire di Jelajah Suria Kuasa 2.
“Selain berhibur bersama barisan artis popular tanah air dan pelbagai aktiviti pentas yang boleh dimenangi, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Dato Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan DJ Lin.”Lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi sebahagian RM 24,000 menerusi KiraOke Suria di setiap lokasi jelajah,” katanya.
Tambah DJ Lin penganjuran kali ini juga membuktikan kesinambungan sokongan berterusan pendengar dan pengiklan kepada stesen berkenaan.
Menyentuh mengenai kolaborasi ini, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata Suria FM menjadi pilihan kerana mempunyai barisan penyampai yang sangat bertenaga.
“Kami memilih Suria FM kerana DJ Lin dan penyampai stesen ini selain Suria sendiri menjadi pilihan ramai pendengar.”Kami sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Suria FM buat pertama kali dalam Jelajah Suria Kuasa 2 ini.
“Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan meriahkan Jelajah di setiap lokasi kerana kami akan membawa 580 jenis bauan, termasuk edisi terbaru kami, ‘Bear Edition’! Jom datang berhibur dan singgah ke booth Yaya Empire,” katanya. – THE VOKAL