“Self Love & Love From Inner Beauty” – Kolaborasi Sulung WAWA dan CoolBlog
Self Love & Love From Inner Beauty (mencintai diri sendiri & kecantikan dari dalam) menjadi mesej yang diangkat dalam kempen terbaharu produk jenama pelakon terkenal Wawa Zainal menerusi kolaborasi khasnya dengan minuman smoothie popular CoolBlog.
Wawa berkata gandingan kali pertama WAWA X CoolBlog itu mahu membawa mesej betapa pentingnya menghargai diri sendiri dalam kalangan masyarakat.
“Melalui kempen ini, Wawa mempunyai alasan tersendiri untuk bawa mesej tentang mencintai diri sendiri ‘Self Love’ dan kecantikan dari dalam ‘Love From Inner Beauty’.
“Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka, “ katanya kala ditemui selepas majlis pelancaran Kolaborasi Coolblog X Wawa, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang turut dihadiri suaminya pelakon Aeril Zafrel.
Wawa menambah, kolaborasi jenamanya yang terkenal dengan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan bersama Coolblog itu gabungan tenaga dan kerjasama unik dalam usaha mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Apa yang istimewa, kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baharu berasaskan buah Epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.
“Saya memilih Coolblog sudah temtu Kerana ia jenama tempatan. Difahamkan juga, pelanggan Coolblog ini kebanyakannya wanita.
“Jadi ini cara mereka hargai pelanggan dengan memberi produk WAWA Butter Liptint secara percuma.
“Selain itu, saya dan Aeril juga adalah penggemar Coolblog. Kalau travel atau pergi ke mana-mana, saya pasti singgah hentian rehat untuk beli Coolblog. Lagi pun, ia tak manis sangat,” katanya.
Konsep booth pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA.
“Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, kolaborasi ini memberi nilai-nilaj positif kepada masyarakat.
“Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda lebih ceria dan penuh warna.
“Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini,” katanya.
Melalui Kolaborasi ini Coolblog melancarkan 6 perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie. Setiap dua pembelian produk anda berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari 6 warna menarik.
Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang merupakan produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200. – THE VOKAL