Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
Menampilkan 12 rekaan tudung khas sempena Merdeka ke-67 dan Hari Malaysia kali ini, selebriti terkenal Nur Fazura menampilkan koleksi tudung FAZURA Purple Label hasil kerjasama
erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fazura berkata koleksi khas ini menampilkan 12 rekaan unik beraneka
warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.
Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.
Lebih istimewa, koleksi itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu majlis khas di The Westin Kuala Lumpur.
Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama
seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam .
Manakala, pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi
www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.
Fazura turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama itu dan bersedia untuk kolaborasi lebih banyak pada masa depan.
“Syukur atas peluang dan rezeki ini dan ini antara usaha kita bersama menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Fadzlina berkata, kerjasama dengan jenama Fazura satu usaha yang menarik dan memberi kesedaran yang amat bersesuaian serta membawa mesej positif. – GayahIsTyping