Pendaratan Kecemasan – Dua Anggota Tentera Mengalami Patah Tulang Belakang Dan Luka-Luka
KLUANG – Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota badan serta kecederaan yang belum dikenal pasti semasa melakukan latihan penerbangan malam di Kem Mahkota Kluang dekat sini pada awal pagi Jumaat.
Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD) dalam satu kenyataan memberitahu, tiga anggota berkenaan yang merupakan jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermasters melakukan pendaratan kecemasan di kem terbabit.
Dalam pada itu, PRTD berkata, susulan kejadian itu pihak TDM menghentikan penerbangan sementara helikopter berkenaan dan pemeriksaan akan dilakukan untuk mengendalikan status pesawat itu dengan segera.
“Pada masa sama, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: SinarHarian