Chef Wan Minta Maaf – Komen Hanya Gurauan Disalah Anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap oleh segelintir pihak.
Chef Wan berkata dia tidak berniat mempermainkan agama Hindu dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Chef Wan turut memohon maaf kepada Aishwarya berikutan tindakannya itu dan mengakui begitu teruja melihat penampilan antara pelakon wanita yang diminatinya itu.
Tambah Chef Wan, dia hanya berkongsi pendapat dan berseloroh kerana kapsyen yang dibuat bertanyakan mengenai pandangan warga maya terhadap gaun yang dipakai Aishwarya.
Terdahulu, polis mengesahkan Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aishwarya.
Chef Wan sebelum ini secara berseloroh menyatakan gaun yang dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai seperti membawa kavadi di upacara Thaipusam di Batu Caves. – THE VOKAL