Haidar Tolak Tawaran Mak Datin – Enggan Mewah Cara Salah
Pelakon sedang meningkat naik Haidar Hasanudin, 35, mendedahkan diganggu peminat wanita yang menawarkan kemewahan kepadanya.
Bermula sebagai peminat, Haidar tidak menyangka wanita berstatus ‘mak datin’ itu mahu memberikan wang sejumlah RM50,000 kepada aktor itu.
Enggan termakan godaan, Haidar tidak melayan permintaan wanita terbabit dan mahu terus fokus mencipta nama dalam bidang lakonan.
Haidar ditemui pada sidang media drama bersiri terbaharu Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Terlibat dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi, Haidar membawakan watak sebagai Cikgu Safuan, bergandingan dengan Meerqeen dan Erysha Emyra.
Jangan lupa saksikan Cinta Untuk Sekali Lagi yang bersiaran di slot Megadrama bermula 27 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. – THE VOKAL