Tak Perlu Kongsi – Meerqeen Mula Sebar Mengenai Palestine Dua Tahun Lalu
Bagi pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen dia tidak perlu memberitahu kepada umum apa yang dilakukan mengenai kesedaran terhadap Palestine malah sudah aktif membantu menyebar luaskan mengenainya sejak dua tahun lalu.
Biarpun tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 kerana terbabit dengan jenama pro-Israel, hakikatnya dia mengaku tidak pernah mengabaikan situasi getir yang menimpa penduduk Palestin ketika ini.
Malah tambahnya, dia tetap menyumbang kepada Palestin, namun tiada keperluan untuk menguar-uarkan kepada umum.
Bagi Meerqeen, sebagai masyarakat Melayu Islam, dia seharusnya menyatakan sokongan kepada Palestin dan memohon maaf andai tindakannya sebelum ini mengguris perasaan ramai pihak.
Mengulas mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, Meerqeen berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan. – THE VOKAL