Mbappe Terbaik – Anugerah Menjelang Tamat Tempoh Tujuh Tahun PSG
Bintang sensasi bola sepak Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemain terbaik Perancis pada pada majlis anugerah di Paris, ketika dia hampir menamatkan tempoh tujuh musim bersama Paris Saint Germain (PSG).
Mbappe, 25, merangkul hadiah untuk pemain terbaik dalam Ligue 1 pada gala Trofi UNFP (Kesatuan Pemain Perancis) buat kali kelima berturut-turut selepas menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk PSG.
Kapten Perancis itu minggu lalu mengesahkan akan meninggalkan PSG pada penghujung kempen apabila kontraknya tamat, dengan Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya.