Pecut Kereta Takut Kantoi – Pasangan Kekasih Terbabas
Gara-gara bimbang ‘kantoi’ berdua-duaan dalam kereta, pasangan kekasih nekad melarikan diri dengan memecut kenderaan dinaiki mereka sejauh kira-kira 14 kilometer dari kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah hingga ke Paya Lebar dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, seorang lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta itu bertindak memecut keretanya dalam kejadian pada 9.30 malam.
Menurutnya, lelaki itu bertindak demikian sejurus berselisih dengan kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan hutan simpan berkenaan.
Ashari berkata, anggota peronda kemudiannya menghantar wanita itu ke rumah saudaranya di Telok Gong dekat sini.