Sultan Selangor Perkenan – Nyawa Keselamatan Faktor Utama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Menerusi kenyataan Selangor Royal Office, baginda selaku Penaung Selangor FC, berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa membabitkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga aksi pertama Liga Super edisi 2024.
Dalam kenyataan itu baginda turut menzahirkan kekecewaan kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.