Pengurus kepada pelakon Sophia Albarakbah iaitu Nik Yasmin meminta supaya semua pihak menunggu pelakon itu membuat kenyataannya sendiri berhubung kontroversi hangat yang mengaitkan artis di bawah pengurusannya itu.
Nik Yasmin berkata pihaknya maklum mengenai isu itu namun tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana ia membabitkan kisah peribadinya.
Bagaimanapun Sophia tidak hadir pada majlis tersebut. Tambah Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas Bahasa Jepun.
Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff.
Sarah memuat naik perbualan mesej yang mengesahkan mereka masih berhubung dengan Sophia sehingga Mac lalu.
Sarah turut mendakwa sekiranya Sophia sudah tidak melayan Aliff mengapa perlu wujud akaun Instagram palsu untuk berbual. – THE VOKAL