Nora Danish Akui Tinggal Berasingan – Mahu Cari Ruang Perbaiki Keadaan
Pelakon Nora Danish mengakui kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya Nedim sejak tiga bulan lalu.
Nora berkata, dia dan suami memilih untuk tinggal berasingan dalam usaha mencari ruang bagi memperbaiki rumah tangga mereka.
Bercerita lanjut, Nora berkata keputusan itu juga dalam usaha bagi memperbaiki keadaan supaya saling hormat menghormati lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan anak-anak,” katanya.
Bakal muncul dengan filem Terkutuk, Nora mengakui usia rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun dulu berdepan dengan masalah terutamanya berkaitan soal persefahaman antaranya dengan suami.
Nora pada masa turut menyerahkan soal rumah tangga mereka mengikut aturan Tuhan.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008. – THE VOKAL