Sejam ‘Sold Out’ – Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza
Seperti dijangka, tiket Konsert Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan licin dalam tempoh kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka.
Pada Mac lalu, Siti menganjurkan konsert berskala besar, Sebuah Epitome: Saya Siti Nuhaliza dan akan menghiburkan peminat di Singaoura menerusi Konsert Fenomena pada 28 dan 29 Jun depan.
Kedua-dua konsert itu turut melakar sejarah apabila tiket habis terjual dalam masa yang singkat.
Berkongsi keterujaan terhadap sambutan mengalakkan terhadap konsert, Siti berkata, sokongan itu memberi petanda dirinya harus memberikan yang terbaik kepada penonton konsert itu.
Sokongan peminat beri petanda Siti harus memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton dalam setiap konsert.
Sokongan peminat beri petanda Siti harus memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton dalam setiap konsert.
Memetik laporan BH, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu turut menyifatkan apa yang berlaku adalah usaha keras peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza.