
KMUM Tuntut Penjelasan – UM Bawa Profesor Pro Israel
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti berkenaan.
KMUM dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan penceramah dalam syarahan itu mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak termasuk KMUM.
“Kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah Zionis.
“Kecuaian yang disengajakan pihak UM apabila menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi.

“Pengurusan tertinggi UM perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons isu yang berlaku dengan kadar segera.
“KMUM yakin langkah itu mampu meredakan serta menjawab segala isu dan persepsi yang sedang ‘bingit’ dalam negara,” katanya menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular di laman X seorang penceramah warga asing dipercayai menyebarkan naratif pro-Zionis dalam ceramahnya di UM.
Bagaimanapun, akaun X @BruceDGilley kemudiannya sudah tidak dapat diakses. – THE VOKAL