Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 21 April 2024
- Syasya Sah Bergelar Isteri – Bekas Anggota Dolla Tamat Zaman Bujang
Bekas anggota kumpulan Dolla, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, atau Syasya sah bergelar isteri dalam majlis tertutup semalam.
Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) dalam satu kenyataan media, hari ini.
Bagaimanapun, butiran terperinci majlis itu termasuk identiti jejaka yang mencuri hati Syasya, tidak didedahkan.
- Tak Pernah Idam Gelaran – Siti Nurhaliza Lakukan Kerana Minat Seni
Penyanyi wanita tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, tidak pernah memikirkan untuk dirinya mendapat gelaran Biduanita Negara kerana pembabitan utama dalam karier nyanyian adalah menghiburkan peminat.
Siti berkata, meskipun memiliki gelaran Biduanita Negara itu sebagai bonus, namun ia sama sekali tidak pernah menjadi matlamat ‘pertama’ dalam dirinya sepanjang menceburi industri hiburan selama ini.
- 15 Penjaja Haram Diusir – Perniagaan Warga Asing Disita
Tindakan 15 penjaja warga asing yang menjaja secara haram menerima padah apabila mereka akhirnya diusir dan dikenakan tindakan sita dalam operasi Tindakan Khas di beberapa premis di sekeliling kawasan berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat sini semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dilaksanakan di sekitar Jalan 1/3a, Jalan 6/3a dan Jalan Batu Hampar, Pusat Bandar Utara Selayang di sini.
- Cikgu Tumbuk Cikgu – Guru Lelaki Dan Perempuan Bertengkar
Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan suspek berusia 49 tahun dipercayai bertengkar.
- Sheriff Pintas Mat Kilau – Sudah Kutip 11.4 Juta
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang kandungnya, Syamsul Yusof.
Selepas tiga hari ditayangkan, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sudah berjaya meraih kutipan RM11.4 juta yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa.
Paling menarik, Sheriff berjaya mengaut kutipan RM6.4 juta sekali gus mengatasi rekod filem Mat Kilau arahan Syamsul yang mencatat kutipan hanya RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya. – THE VOKAL