Suspek Bergelut Dengan Polis – Temui Sepucuk Pistol
Bukan sahaja bergelut dengan polis, malah turut ditemui sepucuk pistol bersama penahanan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .
Lelaki yang diburu dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38, bergelut dengan pasukan Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika cuba ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, suspek dikesan meletakkan kenderaan berhampiran hospital tersebut.
Difahamkan, pasukan D9 berjaya menahan lelaki itu kira-kira 50 meter dari kenderaannya.
Semasa cuba ditahan suspek bertindak bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya ditahan.
Polis turut menemui senjata api yang digunakan suspek dalam cubaan membunuh isterinya di dalam keretanya.
Media melaporkan suspek yang cuba membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bahru, Kelantan hari ini selepas 36 jam diburu polis.- THE VOKAL