Mangsa Tembak Masih Belum Stabil – Bakal Jalani Pembedahan Lagi
Masih belum stabil dan bakal jalani pembedahan lagi esok, demikian keadaan pengawal peribadi yang kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.
Hal itu dikongsi isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, yang memberitahu Muhammmad Nur Hadith masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya dan keadaannya belum stabil.
Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along ditembak ketika melindungi majikannya, Farah Md Isa atau Farah Cie.
Sementara itu, Farah menerusi hantaran di Facebook berkata, masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.