Aslam Marissa Akhirnya Diterima – Abby Sambut Anak Dan Menantu Sempena Syawal
Ternyata Syawal merakam banyak momen indah penyatuan kasih sayang termasuk Abby Abadi dan anaknya Marissa Dania Hakim serta Ahmad Aslam.
Perkongsian detik bermakna itu dimuat naik Abby, menyaksikan Marissa, 18, yang disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dalam hantaran tersebut juga berkata, hari raya tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.
Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.
Perkongsian tersebut meraih ribuan komen, termasuk pujian yang terus mendoakan kebahagian keluarga mereka selepas melalui pelbagai dugaan sebelum ini.
Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya iaitu Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. –THE VOKAL