Syasya Bertudung? – Bekas Anggota Dolla Kini Berhijab
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya, 23, mencuri perhatian dengan imej terbarunya yang bertudung selepas berundur dari kumpulan itu.
Menerusi klip video pendek di TikTok yang dipercayai dimuat naik anggota keluarganya, Syasya atau nama sebenarnya Syasya Afigah Shahrizal kelihatan cukup manis dan turut dipuji netizen.
Sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci mengenai sebab utama Syasya meninggalkan Dolla. Dalam kenyataan Dolla terdahulu, ia atas alasan peribadi.
Pada 8 April lalu, Dolla membuat pengumuman mengejut bahawa Syasya sudah berundur. Ia bagi meleraikan persoalan ketiadaan Syasya bersama kumpulan itu sebelum ini.
Walaupun ia keputusan berat, Dolla yang kini dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel masih menganggap Syasya sebagai adik dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya. – THE VOKAL