
Yeay, Esok Raya – Umat Islam Di Malaysia Sambut Raya Rabu
Umat Islam di Malaysia bakal menyambut Aidilfitri pada Rabu (esok), 10 April, seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.
Selain pengumuman tarikh Syawal, warna baju Syed Danial juga antara yang dinantikan dan rona krim menjadi pilihan kali ini. – THE VOKAL