Aswad Jalil ‘Solo Ride’ Balik Raya – Penyampai Gegar Guna RM40 Isi Minyak
Bagi kampung ada gaya. Itu pilihan penyampai radio dan pengacara Aswad Jalil yang memilih untuk menaiki motosikal pulang ke kampung sempena Syawal.
Dia berkongsi, hanya menggunakan RM40 kos untuk mengisi minyak bagi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Marang, Terengganu.
Tambah Aswad dia memilih untuk ‘solo ride’ untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas selain berjimat cermat dengan keadaan ekonomi semasa.
Ditanya mengenai barang seperti baju untuk dibawa pulang, Aswad berkata ia tidak menjadi masalah buatnya.