Bukan Hanya Rumah, Semua Harta Sudah Tiada – Biarlah Sajat Gembira Di Australia
Usahawan selebriti Nur Sajat mendedahkan kesemua hartanya sudah tiada termasuk rumah banglo miliknya yang bakal dilelong.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @nursajatlegacymy , Sajat yang juga penyanyi lagu Mahluk Penggoda mendedahkan semua harta miliknya sudah tiada.
Nur Sajat, 39, berkata dia akur dan menerima hakikat tidak boleh pulang ke Malaysia dan memilih menetap di negara Kangaru itu.
Dia juga tidak kisah apabila berita banglonya bakal dilelong tersebar dan ditanya kepadanya ketika sesi live di akaun media sosial miliknya.
Terdahulu, tersebar notis banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor itu akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan. – THE VOKAL