Yayasan PEKEMA Bawa Shopping Raya – Rai 250 Anak Yatim Dan Tahfiz
Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) meraikan seramai 250 anak-anak asnaf dan tahfiz dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya di Pusat Beli-Belah Mydin, baru-baru ini.
Program amal yang dianjurkan secara tahunan itu menjadi antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PEKEMA yang bertujuan berkongsi rezeki dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Hari Raya.
Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata program tersebut memberi penumpuan kepada anak-anak asnaf dan tahfiz bagi berkongsi rezeki dan menyuntik kegembiraan ketika mereka menyambut perayaan.
Katanya, pihak Yayasan PEKEMA ingin berkongsi rezeki dengan menyediakan persiapan raya supaya mereka juga dapat menikmati suasana di Hari Raya pada tahun ini dengan lebih ceria dan bahagia.
Nazari berkata, anak-anak asnaf dan tahfiz yang diraikan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU mata), Anak-anak Kampung Lanchong, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum dan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Kg Paya Beranang.