
Laporan Pasangan Selebriti Tangkap Khalwat Lengkap – Tunggu Tarikh Pendakwaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar mengesahkan laporan siasatan pasangan selebriti khalwat baru-baru ini, sudah lengkap.
Mohd. Naim berkata, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan minggu ini bagi mendapatkan tarikh pendakwaan.
Jelasnya, ia berikutan keputusan pendakwaan adalah di luar bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Namun, ia masih agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jadi laporan tu akan diserah kepada pendakwa syarie dan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
“Jadi kena tunggu pihak berkenaan buat keputusan untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Jawi mengesahkan tangkapan pasangan selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat. – THE VOKAL