Edisi produk kosmetik TWOMEE yang dilancarkan baru-baru ini bermula dari ikatan dua sahabat yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang.
Pengasasnya, Datuk Suraya Semaru berkongsi, jenama produk itu hasil gabungan nama panggilannya dan juga sahabat baik yang banyak membantu dirinya.
TWOMEE keluaran yarikat TWOMEE Health & Beauty (M) Sdn Bhd turut menampilkan penyanyi Datin Alyah yang menyampaikan lagu tema produk itu.
Sementara itu, Alyah berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas iaitu Datuk Suraya yang sudi bekerjasama dengannya.
Tambahnya, kelebihan TWOMEE ialah bukan sekadar untuk bersolek malah boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. – THE VOKAL