“Uncle, mana mummy?”- Anak Arwah Bella Tanya Suspek Tentang Arwah Ibunya
“Uncle, mana mummy?” Pertanyaan yang mengundang suasana hiba di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat apabila anak sulung Bella atau Mira Sharmila Samsusah bertanyakan di mana ibunya sebaik sahaja melihat bekas kekasih arwah wanita itu dibawa keluar dari mahkamah.
Pertanyaan itu keluar daripada suara anak kecil, Eusuf Abdul Fatah, 5 yang didengar selepas tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 dibawa keluar dari kamar mahkamah bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, pada Disember tahun lalu.
Eusuf hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarga termasuk kakak Bella, Norhisham, 36, dan juga bapa saudara, Nor Azhar Jamil, 55.
Sementara itu, Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kerinduan Eusuf terhadap ibunya.
Ditanya mengenai Ramadan, Ayu menjelaskan ketiadaan Bella membuatkan Ramadan kali ini agak sedih buat keluarganya.
Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55.– THE VOKAL