Meskipun pernah ditawarkan ratusan ribu untuk menjadi duta sebuah jenama pakaian terkenal, pelawak Nabil Ahmad tetap setia bersama gedung tekstil Jakel..
Pemilik nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad, 40, yang telah sembilan tahun bersama Jakel berkata wang ringgit bukanlah keutamaannya dan tidak bergelap mata meskipun tawaran yang diterimanya tinggi.
Nabil yang ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, tadi juga berkata dia tidak menyesal dengan keputusannya.
Nabil berkongsi perkara itu selepas ditanya kesetiaannya bersama jenama itu buat tahun kesembilan.
Gedung tekstil, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.
Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebin rendah berbanding tahun sebelumnya. – THE VOKAL