
Lelaki Dan Perempuan Maut – Ditemui Dalam Kereta Berkunci
Misteri penemuan dua mayat masing-masing lelaki dan perempuan dalam sebuah kereta berkunci.
Kedua-dua mayat itu ditemukan dalam sebuah kereta di kawasan stesen minyak Petronas di Jalan Segamat-Kuantan, Rompin hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa ditemui tidak sedarkan diri.
“Pasukan bomba membuat operasi membuka pintu kereta menggunakan peralatan menyelamat.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, didapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – THE VOKAL