Bintang rock ikonik Datuk Awie pernah merasakan ‘waktu’ untuknya sudah sampai sebaik dikhabarkan menghidap penyakit kanser buah pinggang beberapa tahun lalu.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana penyakit itu berjaya dikesan lebih awal dan berjaya dibuang melalui pembedahan.
Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Tragedi Oktober itu dalam perkongsian bersama segmen ‘Pagi On Point’ di stesen radio Kool 101.
Selepas empat bulan mendapatkan rawatan di hospital, Awie, 55, akhirnya melakukan pembedahan membuang ‘tumor’ tersebut selepas dipujuk oleh isterinya.