Faisal Halim Sedang Mendahului – Penjaring Terbaik Piala Asia 2023
Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim jauh meninggalkan pemain-pemain lain dalam undian bagi anugerah jaringan terbaik temasya Piala Asia 2023.
Gol Faisal pada minit ke-51 ketika menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E berentap sebagai calon bersama tujuh lagi gol.
Paparan di laman sesawang pengundian tersebut setakat pukul 3 petang, Faisal mendahului sebanyak 64 peratus dengan 69,253 undian.
Undian yang diterima pemain negara itu jauh meninggalkan pemain-pemain lain seperti seperti pemain Jordan, Mousa Al-Tamari (22 peratus), ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min (sembilan peratus) dan bintang Iran, Sardar Azmoun (tiga peratus).
Empat lagi pemain lain ialah Keito Nakamura (Jepun) hanya mampu mengutip 391 undian, Hassan Al-Haydos (Qatar) 326 undian, Supachok Sarachat (Thailand) 2,219 dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) 224 undian.
Untuk rekod, sebanyak 132 gol dijaringkan dalam 51 perlawanan ketika Piala Asia berlangsung pada nisbah 2.59 setiap perlawanan.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan peluang kepada peminat untuk mengundi jaringan mana yang menurut mereka terbaik.
Peminat bola sepak tanah air boleh menghantar undi di laman https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/news/vote_for_your_continental_goal_of_the_tournament.html yang akan dibuka sehingga 25 Februari. – THE VOKAL