Azhan Rani Buat Pendakian Amal – Misi Tawan Island Peak
Berbaki lima hari lagi, pelakon Azhan Rani teruja untuk memulakan misi Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak & Everest Base Camp (EBC) di Nepal.
Azhan yang bakal muncul dalam telemovie Khunsa pada Ramadan nanti berkata, dia bersama pasukannya telah bersedia untuk menawan puncak Gunung Island Peak setinggi 6,160 meter atau 2,120 kaki dari aras laut tersebut walaupun masing-masing mempunyai rasa debaran kerana setiap pendakian itu mempunyai kisah yang tersendiri.
Sesi latihan yang meliputi “lower body and core workout” itu turut memerlukan pendaki melakukan larian sejauh lima kilometer.
Program Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak dan EBC Bersama Azhan Rani 2024 melibatkan keseluruhan 13 orang pendaki yang akan mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula Ahad sehingga 13 Mac depan.
Lima pendaki akan menawan puncak Gunung Island Peak manakala lapan lagi melengkapkan misi ke EBC setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.
Program amal anjuran Summit Attack Resources dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan itu merupakan cetusan idea Azhan.
Majlis ‘flag off’ kesemua pendaki tersebut akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad pada hari Ahad, pukul 3 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. – THE VOKAL