Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 17 Februari 2024
- 10 Kawasan Panas – Tahap Berjaga-Jaga
Sebanyak 10 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sabah, kini mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) setakat pukul 6 petang tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), antara kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Baling di Kedah.
Jelasnya, dua kawasan lagi adalah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar di Perak.
- Esok Thaksin Bebas – Setelah Hukuman Salah Guna Kuasa & Rasuah
Bekas perdana menteri Thailand yang menjalani hukuman penjara, Thaksin Shinawatra akan dibebaskan esok, kata Perdana Menteri Srettha Thavisin, enam bulan selepas Thaksin pulang daripada hidup dalam buangan di luar negara selama 15 tahun.
Thaksin yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri, digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Dia dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sekembalinya ke Thailand pada Ogos 2023.
Bagaimanapun, hukuman Thaksin dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn.
- Bapa Dan Bayi Maut – Nahas Tiga Kenderaan
Seorang lelaki bersama bayinya maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Kangsar dekat Klebang Restu, Ipoh pagi tadi.
Dalam kejadian 7.21 pagi tadi, Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26, maut di tempat kejadian manakala bayinya Naura Adleena berusia 11 bulan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, nahas membabitkan kereta Proton Saga yang dinaiki dua beranak itu dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz serta sebuah Perodua Alza.
- Baik Secara Semula Jadi – Nora Fasha Berbaik
Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, hubungannya dengan Fasha kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
- Beras Malaysia MADANI – Sama Seperti Beras Nasional
Konsep ‘Beras Malaysia MADANI’ adalah sama seperti penjualan ‘Beras Nasional’ yang pernah diperkenalkan lebih 10 tahun dahulu antara 2008 hingga 2014, kata Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan, Khalil Ahmad.
Ditanya sama ada pengilang dan pengeluar padi akan menerima subsidi tambahan, Khalil berkata, beras termaktub mengikut Akta 522 yang mana harga jualannya dikawal kerajaan, manakala harga beras import bersaing di pasaran terbuka.
Khalil mendakwa, jika beras MADANI dikeluarkan dalam satu gred, ia sepatutnya tidak boleh dijual pada harga RM30/10kg.
- THE VOKAL