Ziana Zain Dipinang? – Doa Yang Baik-Baik
Netizen mula berteka teki apabila seorang jursolek berkongsi sekeping gambar Diva Ziana Zain dalam penampilan seperti seorang pengantin.
Gambar tatarias Ziana dalam persalinan putih krim dengan solekan menawan bersama lagu Syurga Di Hati Kita pada hantaran akaun Instagram Bobocinta mengundang perhatian netizen.
Bobo yang sering menyolek Ziana turut berkongsi Instastory dengan sekeping foto seakan sama berlatarkan muzik A Thousand Years.
Rata-rata komen mahukan kepastian sama ada penyanyi kesayangan mereka itu bakal menamatkan zaman solo, tidak kurang juga meninggalkan komen memuji kejelitaan penyanyi lagu Madah Berhelah itu.
Untuk rekod Ziana dan Armin Zaharin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, dan Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada Julai 2018. – THE VOKAL