Khalwat Bawa Anak – Wanita Dicekup Bersama Kekasih
Entah apa yang berada dalam fikiran seorang wanita bergelar ibu, apabila sanggup membawa dua anaknya bagi mengaburi helah berkhalwat dengan kekasih hati.
Segalanya terbongkar apabila ibu tunggal yang membawa dua anaknya berusia empat dan enam tahun menginap di sebuah hotel di Pekan Lunas di Kedah, dicekup berkalwat bersama kekasihnya.
Wanita berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan pasangannya yang berusia 43 tahun di hotel terbabit, pada 10.55 malam semalam.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan operasi Op Kasih Sayang sempena Hari Valentine di daerah itu malam tadi hingga awal pagi hari ini.