Misi Balas Dendam Sukses – The Gunners Belasah West Ham
Arsenal berjaya dalam misi membalas dendam mereka terhadap West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London kelmarin.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dapat merasakan sesuatu yang cukup istimewa dalam skuadnya selepas membelasah West Ham United 6-0 dalam perlawanan berkenaan.
Malah ia juga kemenangan terbesar The Gunners dalam saingan EPL di tempat lawan yang menyaksikan Bukayo Saka berjaya meledak dua gol, sekali gus membalas dendam terhadap kekalahan di tangan West Ham di Emirates sebelum ini.
Empat lagi gol Arsenal dalam perlawanan itu masing-masing dijaringkan satu oleh William Saliba, Gabriel Magalhaes, Leandro Trossard dan Declan Rice.
Sebagai rekod, dua gol Saka dalam aksi itu melengkapkan jaringannya yang ke-50 dalam semua kejohanan bersama Arsenal sejak mula membuat debut profesional pada 29 November 2018.
Kecemerlangan Saka menyaksikan Arsenal terus menghimpit kedudukan pendahulu EPL, Liverpool yang cuma berkelebihan dua mata ke atas mereka di tangga ketiga, manakala terikat 52 mata dengan Manchester City di tempat ketiga. – THE VOKAL