Tol Percuma Tahun Baharu Cina – Esok dan Jumaat
Pengguna lebuh raya seluruh negara akan menikmati tol percuma selama dua hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu bermula 12.01 tengah malam 8 Februari (esok) hingga 11.59 malam 9 Februari ini (Jumaat).
Bagaimanapun katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.– THE VOKAL