FamilyMart Tolak Israel – Tamat MoU
Pemegang saham terbesar FamilyMart Co. Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.
Ia susulkan gesaan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka berikutan anak syarikatnya Itochu Aviation telah menandatangani MoU dengan salah satu syarikat daripada Israel.
Pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.
FamilyMart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.
Tambahnya, FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa pihaknya tidak menyokong keganasan atau pembunuhan.