Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Februari 2024
- Fenomena Dendeng Khairul Aming – Jualan RM1 Juta Dalam Masa Tiga Minit
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming hari ini mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Sempena kempen jualan 2.2 di TikTok Shop, Khairul memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung pada 9 malam.
- Wanita Dikurung 12 Tahun
Seorang wanita di negeri Karnataka, selatan India mendakwa dia dikurung oleh suaminya di dalam rumah mereka selama 12 tahun, lapor laman berita Wion News semalam.
Setelah diselamatkan polis beberapa hari lepas, mangsa enggan memfailkan aduan dan memutuskan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.
Wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari bandar Mysuru, negeri Karnataka. Dia berkahwin dengan suaminya sejak 12 tahun lalu.
- “Suka Gosip Tau!” – Siti Nurhaliza Minta Semua Bersangka Baik
Tiba-tiba meledak kononnya rumah tangga sedang bergolak, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil ‘menyucikan’ segala prasangka netizen.
Dalam nada seperti berseloroh, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meminta orang ramai agar bersangka baik dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi semata-mata bersandarkan hantaran dalam media sosial.
- PATI Lari – 37 Sudah Ditahan
Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lalu, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.
Beliau berkata semua tahanan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
- Rakan Baik – Rupa-Rupanya Adik Beradik
Warga emas Singapura ini sering bermain sejak kecil, namun tidak menyangka rupanya mereka saudara kandung.
Thangah Koh, 72, dan Fatimah Mohidin, 71, adalah anak kepada seorang mekanik dan isteri keduanya yang mempunyai lapan anak.
Dua daripada lima anaknya daripada perkahwinan pertama turut tinggal bersama menyebabkan sumber kewangan mereka agak terhad.
- THE VOKAL