Isu Ambil Suapan Pelancong – Polis Cari Dua Mat Saleh
Betebaran satu klip memaparkan rakaman seorang anggota polis trafik menawarkan pilihan membayar saman di balai atau terus kepadanya terhadap dua pelancong yang memandu melebihi had laju, dipercayai di Ipoh.
Lantaran itu, polis sedang mengesan pempengaruh media sosial dari United Kingdom (UK) bagi membantu siasatan kes tular seorang anggota polis trafik menawarkan bayaran saman RM100 kepada pelancong terbabit di lokasi kejadian.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pasangan pelancong itu yang dilaporkan telah pun keluar dari Malaysia.
Semalam, tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe’ yang memaparkan pasangan pelancong dari UK dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.
Difahamkan, pasangan pelancong yang menaiki sebuah van itu ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh.
Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60KM
Kemudian, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – THE VOKAL