Fikir Panjang Sebelum Buang – Shahrulezad Ingatkan ‘Anu’ Lelaki Bukan Macam Ekor Cicak
Hukumnya jelas haram dalam Islam bagi seorang pondan dan mak nyah yang menjalani pembedah membuang dan menukar alat kelamin mereka.
Malah, perubatan itu hanya akan mensia-siakan dan membuat seorang itu menyesal seumur hidup.
Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin mengingatkan golongan pondan dan mak nyah supaya berfikir panjang sebelum membuat keputusan menukar alat kelamin mereka.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya @budakijat, dia berkata golongan berkenan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk membedah kemaluan.
Shahrulezad mengingatkan supaya golongan itu tidak menyesal di kemudian hari akibat keputusan yang diambil.
Pengarah filem Sutun itu menulis kapsyen berkenaan bersama sekeping foto laporan membabitkan artis transeksual Indonesia, Lucinta yang mahu memiliki semula zakar miliknya yang sudah dipotong.
Sementara itu, Shahrulezad juga bakal muncul dengan karya terbaru berjudul Khunsa pada Ramadan ini di Astro.
Dia berkata drama bersiri berdasarkan kisah benar itu bakal menarik perhatian penonton dengan kisah menyayat hati.