Tun M Cabar Anwar Adakan PRU – Sebagai Bukti Sokongan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
Dr Mahathir berkata, PRU itu adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat.
Dr Mahathir membuat cabaran itu ketika pimpinan Anwar kini didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat berupaya menggugat kepimpinannya.
Memetik laporan BH, Dr Mahathir berkata, Anwar dilihat terpaksa menggerakkan siasatan terhadap individu tertentu kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri adalah dilantik secara kebetulan dan bukan dipilih secara majoriti oleh rakyat.
Beliau berkata, malah sepanjang pentadbirannya, Anwar dilihat tidak berjaya menangani isu ekonomi, politik dan masalah sosial.
Malah Dr Mahathir berkata, Anwar juga dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri, khususnya melalui ura-ura wujudnya Langkah Dubai.
‘