Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 21 Januari 2024
- Malaysia Pulang Awal – Gagal Misi Piala Asia 2023
Hasrat skuad Harimau Malaya untuk melangkah jauh dalam kempen Piala Asia 2023 musnah selepas tumbang 0-1 kepada Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha.
Malaysia yang wajib meraih kemenangan dalam aksi kedua Kumpulan E itu dihampakan dengan jaringan lewat Ali Madan pada masa kecederaan biarpun pasukan negara sebelum itu bertahan cukup ampuh sepanjang 90 minit permainan.
Kekalahan kali kedua berturut-turut itu menyaksikan Malaysia ‘bungkus awal’ dan gagal meraih sebarang mata daripada dua aksi.
- Wawa Zainal Muntah Darah Di Mekah – Dek Terlalu Penat
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengalami muntah darah yang berkemungkinan berpunca keletihan ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah.
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.
- Datuk Didakwa Esok – Dalang Dadah Terbesar Sabah
Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk dalang utamanya seorang ahli perniagaan dan penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk, akan dituduh esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan terhadap sindiket itu sudah selesai.
- Lebih Sejuta Banjiri Pulau Pinang – Thaipusam Perpaduan Meriah
Lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang minggu depan sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut, Khamis ini.
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) RSN Rayer berkata, sambutan tiga hari bermula Rabu ini turut membawa kelainan apabila buat julung kalinya kedua-dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak akan berarak bersama ke kuil di Jalan Kebun Bunga, sebagai tanda perpaduan.
- Suami Arwah Azean Irdawati Meninggal Dunia – Pergi Di Usia 72 Tahun
Suami seniwati Allahyarham Azean Irdawati iaitu Khairil Anwar ZM Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor, pada jam 5.12 petang tadi.
Khabar duka itu dikongsi anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran Instagram Story (IGs).
Ineesa bagaimanapun tidak memberitahu butiran terperinci mengenai pemergian arwah bapanya itu.
- THE VOKAL