Haiza Dan Muaz Pada Kelas Tersendiri – Tertib Santuni Agong Dan Permaisuri
Dua selebriti terkenal Haiza dan Muaz menarik perhatian ramai termasuk netizen ketika video lawatan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sri Pentas semalam tular di media sosial.
Haiza dan Muaz ternyata berada dalam kelas tersendiri terutama ketika kedua-duanya menyantuni serta berbual dengan Seri Paduka dan Permaisuri.
Aksi dan cara kedua-dua penyampai Kool FM itu menjadi perhatian kerana tertib dalam berbual dengan bahasa yang mereka gunakan.
Baik Haiza mahupun Muaz juga tidak kekok dengan protokol ketika berinteraksi dengan pasangan diraja itu.
Muaz turut mengucapkan ucapan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri.
Al-Sultan Abdullah sendiri menegur dan mengenali Haiza serta berkongsi pelantun Dag Dig Dug itu ialah penyanyi kegemaran Almarhum Ayahandanya.
Permasuri di sisi turut mengiyakannya.
Pasangan diraja itu berkenan mencemar duli melawat Sri Pentas dalam kunjungan diraja semalam. – THE VOKAL