Misteri Ketuk Pintu Di Perlis – Penduduk Kongsi Pengalaman Seram
Gangguan misteri ketukan pintu didakwa berlaku di Perlis sejak Jumaat lalu di beberapa kawasan di Batu Bertangkup, Chuping, Padang Besar sebelum ia merebak ke kawasan lain seperti di Pauh, Arau.
Malah, ada mendakwa gangguan ketukan berkenaan sudah semakin ‘berani’ sehingga memasuki ke dalam rumah pula.
Situasi sama berlaku kepada pasangan suami dan isteri, Muhammad Syakir Mohd Yusof, 29, dan Siti Masmerang Arifin, 47, yang mendakwa kediaman mereka di Taman Pauh Indah, Pauh di sini mengalami gangguan sebanyak dua kali pada Ahad dan semalam.m
Menurut Muhammad Syakir, ia adalah kejadian pertama berlaku di rumah yang sudah setahun diduduki oleh mereka.
Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Syakir berkata selepas ketukan itu berlaku, dia mengejutkan isterinya dan segera memeriksa, namun tiada sesiapa pun berada di luar rumah.
Dia berkata, gangguan itu tidak terhenti di situ dan pada keesokannya, mereka sekali lagi mendakwa diganggu ketukan misteri berkenaan.
Muhammad Syakir berkata, pada mulanya dia tidak mahu menceritakan perkara ini kepada umum kerana tidak mahu dianggap cuba mereka cerita.