Harimau Malaya Gugup – Kim Pan-gon Mohon Maaf
Selepas hampir dua dekad tidak beraksi di pentas besar Piasa Asia, membuatkan skuad Harimau Malaya gugup sehingga gagal mengawal permainan.
Aksi pertama mereka dalam edisi kali ini tidak menjadi hingga dibelasah 0-4 oleh Jordan dalam Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.
Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui kegugupan dan penampilan kali pertama di pentas tertinggi Asia itu selepas 2007 menyaksikan anak buahnya tidak mampu menghalang jentera serangan Jordan yang cukup ampuh.
Lantaran, Pan-gon turut memohon maaf di atas kekalahan itu kepada seluruh penyokong setia skuad Harimau Malaya.
Katanya lagi, Jordan yang menghuni ranking 87 dunia itu bermain lebih baik daripada skuad kendaliannya.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan E, dan selepas ini akan turun menentang Bahrain pada Sabtu ini. – THE VOKAL