Manchester City Boleh Kejar Liverpool – Mampu Beri Saingan Liga EPL
Liverpool mungkin tidak boleh terlalu selesa kerana Manchester City berpeluang merapatkan jurang dengan mereka dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menentang Newcastle, awal pagi Ahad ini.
Skuad Pep Guardiola itu menang dua perlawanan terakhir selepas berdepan kemerosotan yang menyebabkan mereka ketinggalan pada penghujung tahun lalu.
City yang berkelebihan satu perlawanan kini lima mata di belakang Liverpool selaku pendahulu liga dan kemenangan di St James’ Park bakal menekan semula pencabar mereka itu.
Mereka berdepan skuad Eddie Howe yang tewas lima daripada enam perlawanan terakhir dan tiga aksi terakhir mereka tanpa beberapa utama yang mengalami kecederaan.
City tampil tidak konsisten berbanding kebiasaan dalam saingan EPL musim ini dan ia bermula dengan melepaskan gol awal.
Gawang mereka dibolosi gol pertama dalam enam daripada lapan aksi terakhir di tempat lawan dan kemudiannya tewas tiga daripadanya sekali gus ketinggalan di belakang Liverpool.
Namun dalam dua aksi terakhir gawang City dibolosi terlebih dahulu tetapi mampu bangkit memenangi perlawanan.
Jika situasi itu berlaku sekali lagi di St James’ Park, City hanya pasukan ketiga melakukannya berturut-turut selain Leeds dan Tottenham dalam buku sejarah. – THE VOKAL